Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Empat Suspek Samun Premis Pengurup Wang Direman Hingga Ahad

Diterbitkan: 02 Apr 2015 11.55 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 2 April - Empat suspek kes samun sebuah premis pengurup wang di Aeon Taman Maluri, Cheras yang ditahan sebelum ini direman sehingga Ahad.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-suspek-samun-premis-pengurup-wang-direman-hingga-ahad
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:59 MYT

Kuala Lumpur, 2 April - Empat suspek kes samun sebuah premis pengurup wang di Aeon Taman Maluri, Cheras yang ditahan sebelum ini direman sehingga Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad ketika dihubungi berkata tiga daripadanya ditahan semalam manakala seorang suspek lagi ditahan Selasa lepas.

Sementara itu, isteri seorang daripada suspek yang turut ditahan semalam dibebaskan selepas 24 jam, katanya.

Kesemua suspek berusia antara 24 dan 27 tahun itu sebelum ini ditahan dalam serbuan berasingan di Sungai Buloh semalam dan di kawasan Gombak hari ini.

Kesemua empat suspek lelaki bekerja sebagai penarik kereta dengan dua daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau antaranya bersabit rompakan berkumpulan dan rompakan menyebabkan kecederaan.

Polis masih memburu dua lagi suspek.

Pada 9 Mac lepas, seorang suspek lelaki berusia 30 tahun ditembak mati pengawal keselamatan ketika menyamun sebuah premis pengurup wang di pusat beli-belah itu. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 02 Apr 2015 11.55 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM