Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Empat Suspek Ditahan Berhubung Serangan Di Kafe Siber

Published: 17 Jun 2014 7.15 AM Updated: 15 Aug 2026 7.44 PM
George Town, 10 Julai -- Empat suspek termasuk seorang wanita ditahan berhubung serangan ke atas tiga kafe siber di Solok Slim dekat Jalan Perak di sini Isnin lalu...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-suspek-ditahan-berhubung-serangan-di-kafe-siber
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:44 MYT

George Town, 10 Julai - Empat suspek termasuk seorang wanita ditahan berhubung serangan ke atas tiga kafe siber di Solok Slim dekat Jalan Perak di sini Isnin lalu.

Mereka yang berumur antara 25 hingga 30 tahun dipercayai anggota kumpulan samseng 'Sio Sam Ong' ditahan di dua lokasi berasingan iaitu di sebuah flat dan kelab malam di Paya Terubong.

Tiga daripadanya direman sehingga Sabtu ini sementara wanita berkenaan sehingga Jumaat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata  polis turut merampas sepucuk pistol mainan dan kenderaan pelbagai guna dari kumpulan tersebut.

Wanita itu dan teman lelakinya didapati positif dadah, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata tangkapan dibuat ekoran serangan yang dibuat kumpulan itu ke atas tiga buah kafe siber kira-kira 5 pagi Isnin lalu sehingga menyebabkan empat mangsa berumur 19 hingga 32 tahun tercedera akibat ditetak dengan parang.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata yang boleh membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 7.15 AMUpdated 15 Aug 2026 7.44 PM