Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Empat Suspek Bunuh Ditahan

Published: 22 Mar 2015 2.58 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan empat suspek yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan seorang lelaki dl sebuah padang di Taman RPA2, Ayer Tawar, Manjung, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-suspek-bunuh-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:58 MYT
22 Mac 2015: Polis menahan empat suspek yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan seorang lelaki dl sebuah padang di Taman RPA2, Ayer Tawar, Manjung, semalam.

M Mariappan, 44, ditemui mati kira-kira jam 5 pagi dengan beberapa kesan tetakan termasuk di kepala dipercayai diserang sckumpulan lelaki bersenjata. 

Tangkapan pertama membabitkan dua suspek berusia 29 dan 26 tahun di sebuah rumah inap di Taman Bersepadu, Sitiawan, kira-kira jam 1 petang, semalam.

Seorang lagi suspek berusia 39 tahun berjaya diberkas di Kampung Jering, Ayer Tawar, sejam selepas itu manakala suspek keempat berusia 33 Lahun, ditahan di sebuah rumah di Taman Nesa, Sitiawan, kira-kira jam 3.10 petang. 

Hasil siasatan mendapati dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau antaranya adalah kes dadah yang disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Dadah Berbahaya 1952, menyebabkan kecederaan dan rompakan. 

Keempat empat suspek direman tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

Empat Suspek Bunuh Ditahan
ArticlePublished 22 Mar 2015 2.58 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM