Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Empat Remaja Ditahan Merusuh Di Selayang

Published: 17 Mar 2018 6.38 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 17 Mac 2018 - Polis menahan empat remaja lelaki disyaki terlibat dalam pergaduhan di hadapan sebuah sekolah di Jalan 5, Taman Selayang di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-remaja-ditahan-merusuh-di-selayang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:57 MYT

Kuala Lumpur, 17 Mac 2018 - Polis menahan empat remaja lelaki disyaki terlibat dalam pergaduhan di hadapan sebuah sekolah di Jalan 5, Taman Selayang di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata kesemua remaja berkenaan berumur lingkungan 15 hingga 18 tahun.

Beliau berkata dalam kejadian 7 malam itu, polis bilik gerakan Gombak telah menerima panggilan kecemasan melaporkan berlaku pergaduhan antara kesemua remaja itu.

“Kejadian merusuh ini melibatkan remaja yang masih bersekolah dan telah habis sekolah dan terdapat dua remaja mengalami kecederaan.

“Pergaduhan ini berlaku di luar kawasan sekolah manakala suspek lain masih dikesan dan motif dipercayai isu curi telefon bimbit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadzil menasihatkan mereka yang terlibat tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk membantu siasatan.- BERNAMA

ArticlePublished 17 Mar 2018 6.38 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM