Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Empat Pusat Hiburan Diserbu

Published: 02 Mar 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Empat pusat hiburan di Jalan Klang Lama, di sini, yang disyaki aktif membekalkan wanita warga asing bagi tujuan pelacuran diserbu dalam Ops Noda semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-pusat-hiburan-diserbu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:32 MYT

Empat pusat hiburan di Jalan Klang Lama, di sini, yang disyaki aktif membekalkan wanita warga asing bagi tujuan pelacuran diserbu dalam Ops Noda semalam. 

Dalam serbuan jam 1.15 pagi itu, 89 wanita warga asing, yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan ketika sedang leka melayan kira kira 150 pelanggan lelaki tempatan. 

Dalam serbuan pertama, pihak polis menahan 29 wanita, 54 di premis kedua, sembilan di premis ketiga manakala, premis keempat tiada tangkapan dengan kesemua tangkapan terdiri daripada warga Thailand dan Laos. 

Hasil pemeriksaan turut mendapati tiga daripada premis itu tidak mempunyai Iesen perniagaan yang sah.

Sumber: Berita Harian.

Empat Pusat Hiburan Diserbu

ArticlePublished 02 Mar 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM