Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Empat Pucuk Pimpinan Jabatan Pengurusan Pdrm Bertukar Portfolio Jawatan

Diterbitkan: 10 Nov 2020 9.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 10 November 2020 - Seramai empat pegawai kanan dari Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertukar portfolio jawatan dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-pucuk-pimpinan-jabatan-pengurusan-pdrm-bertukar-portfolio-jawatan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:54 MYT
Kuala Lumpur, 10 November 2020 - Seramai empat pegawai kanan dari Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertukar portfolio jawatan dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Ramli Haji Din telah menjadi saksi bagi ketiga-tiga serah terima tugas yang dimulai dengan Ketua Polis (KP) Melaka, DCP Datuk Wira Mat Kasim Karim dengan Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), DCP Dato’ Abdul Majid Mohd Ali.

Kedua-dua mereka bertukar portfolio antara satu sama lain bagi jawatan yang disandang sebelum ini. 

Majlis kemudiannya menyaksikan penyerahan jawatan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia), DCP Dato’ Azmi Abu Kassim kepada penggantinya, DCP Pentadbiran, DCP Dato’ Sanusi Sidek. 

Dato' Azmi secara rasmi memikul tanggungjawab baharu sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) yang ditinggalkan penaungnya sebelum ini, DCP Dato’ Kasuahdi Haji Ali. 

DCP Dato’ Kasuahdi pula kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan) di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam (KDNKA), Bukit Aman. 

Dato’ Ramli dalam ucapannya berbangga dengan pencapaian semua pegawai kanan Jabatan Pengurusan sehingga diberi kepercayaan oleh Pasukan untuk terus memberi khidmat bakti dan cetusan idea yang mantap demi memantapkan lagi kredibiliti PDRM. 

Beliau turut menzahirkan rasa sedih atas 'kehilangan' Dato' Kasuahdi yang memulakan tugas di Jabatan KDNKA selepas hampir tujuh tahun berada di dalam Jabatan Pengurusan. 

"Sepanjang tempoh perkhidmatan, Dato’ Kasuahdi telah membawa pelbagai kejayaan dan pembaharuan kepada Jabatan amnya dan Pasukan khususnya terutamanya dalam menambah baik perjawatan dan elaun-elaun melibatkan warga PDRM," ujar beliau. 

Dato' Ramli turut menyifatkan pelantikan Dato’ Abdul Majid sebagai KP Melaka pastinya membuatkan Jabatan Pengurusan merindui seorang figura yang berwibawa dan berpengalaman serta berpengetahuan tinggi dalam bidang pentadbiran.

Hadir sama dalam majlis tadi adalah barisan kepimpinan dan warga kerja Jabatan Pengurusan PDRM.

Empat Pucuk Pimpinan Jabatan Pengurusan Pdrm Bertukar Portfolio Jawatan
Bergambar kenangan.

Empat Pucuk Pimpinan Jabatan Pengurusan Pdrm Bertukar Portfolio Jawatan
Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Ramli Haji Din menandatangani buku pelawat.

Empat Pucuk Pimpinan Jabatan Pengurusan Pdrm Bertukar Portfolio Jawatan
Sekitar upacara penyerahan dokumen serah terima tugas jawatan Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) di antara DCP Dato’ Abdul Majid Mohd Ali dan DCP Datuk Wira Mat Kasim Karim dengan disaksikan oleh Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Ramli Haji Din.

Empat Pucuk Pimpinan Jabatan Pengurusan Pdrm Bertukar Portfolio Jawatan

Sekitar upacara penyerahan dokumen serah terima tugas jawatan Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia), DCP Dato’ Azmi Abu Kassim dan DCP Dato’ Sanusi Sidek dengan disaksikan oleh Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Ramli Haji Din.

Empat Pucuk Pimpinan Jabatan Pengurusan Pdrm Bertukar Portfolio Jawatan

Sekitar upacara penyerahan dokumen serah terima tugas jawatan Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), DCP Dato’ Kasuahdi Haji Ali dan DCP Dato’ Azmi Abu Kassim dengan disaksikan oleh Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Ramli Haji Din.

Empat Pucuk Pimpinan Jabatan Pengurusan Pdrm Bertukar Portfolio Jawatan
Sekitar ucapan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia), DCP Dato’ Sanusi Sidek.

Empat Pucuk Pimpinan Jabatan Pengurusan Pdrm Bertukar Portfolio Jawatan
Sekitar ucapan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), DCP Dato’ Azmi Abu Kassim.

Empat Pucuk Pimpinan Jabatan Pengurusan Pdrm Bertukar Portfolio Jawatan
Sekitar ucapan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan) di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, DCP Dato’ Kasuahdi Haji Ali.

Empat Pucuk Pimpinan Jabatan Pengurusan Pdrm Bertukar Portfolio Jawatan
Sekitar ucapan oleh Ketua Polis Melaka, DCP Dato’ Abdul Majid Mohd Ali.

Empat Pucuk Pimpinan Jabatan Pengurusan Pdrm Bertukar Portfolio Jawatan
Sekitar ucapan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), DCP Datuk Wira Mat Kasim Karim.

Empat Pucuk Pimpinan Jabatan Pengurusan Pdrm Bertukar Portfolio Jawatan
Sekitar ucapan oleh Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Ramli Haji Din.
ArtikelDiterbitkan 10 Nov 2020 9.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM