Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Empat Penuntut Ditahan Ketika Sedang Lerai Komponen Motosika

Diterbitkan: 17 Jun 2014 4.10 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuantan, 30 Mei - Polis menahan empat penuntut kolej swasta yang disyaki anggota sindiket mencuri motosikal di sebuah rumah di Kampung Sungai Karang, di sini malam tadi. Timbalan Ketua Jabatan Sias..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-penuntut-ditahan-ketika-sedang-lerai-komponen-motosika
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:57 MYT
Kuantan, 30 Mei - Polis menahan empat penuntut kolej swasta yang disyaki anggota sindiket mencuri motosikal di sebuah rumah di Kampung Sungai Karang, di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pahang Supt Mohd Haris Daud berkata dalam serbuan jam 8.30 malam itu keempat-empat suspek yang berusia dalam lingkungan 19 dan 20 tahun itu sedang leka meleraikan komponen sebuah motosikal di Putra Square di sini.

"Kami percaya dengan penangkapan empat suspek terbabit, kami dapat menyelesaikan beberapa lagi kes motosikal yang dilapor hilang baru-baru ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut menerima laporan kehilangan sebuah kereta dan tiga motosikal yang diletakkan di perkarangan Stadium Darul Makmur pada malam perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2013 Pahang dan Johor Darul Takzim dibatalkan, Selasa lepas.

Terdahulu katanya, laporan dibuat seorang lelaki berusia 28 tahun dari Pekan pada 11.15 malam selepas menyedari kereta jenis Proton Saga miliknya hilang sebelum disususli tiga lagi laporan melibatkan motosikal hilang di lokasi sama.

Mohd Haris berkata polis masih menjalankan siasatan kes-kes berkenaan mengikut Seksyen 379 (a) Kanun Keseksaan. - BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 4.10 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM