Tindakan empat penagih dadah menjadikan rumah sewa di Kempadang Makmur, Kuantan untuk melepaskan gian menerima padah apabila kegiatan mereka dikesan tuan rumah sebelum melaporkannya kepada pihak polis petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata, pihaknya menerima aduan kira-kira jam 530 petang daripada pemilik rumah berkenaan kerana merasa curiga dengan tindakan empat lelaki berusia Iingkungan 20 hingga 28 tahun yang mungkin melakukan aktiviti menyalahi undang-undang.
Sumber: Berita Harian