Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Empat Pelajar Sekolah Ditahan Aktif Mencuri Motosikal Di Sek

Published: 17 Jun 2014 5.56 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Komponen yang dileraikan itu turut digunakan untuk motosikal masing-masing selain dijual kepada rakan dengan harga murah bagi memperolehi wang,' katanya...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-pelajar-sekolah-ditahan-aktif-mencuri-motosikal-di-sek
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:42 MYT

Kepala Batas, 23 Jun - Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan sindiket mencuri motosikal yang dianggotai sekumpulan pelajar sekolah selepas menahan tiga remaja lelaki di Pinang Tunggal, di sini kelmarin.

Jurucakap polis berkata tiga pelajar berusia 16 tahun itu ditahan pukul 2.30 petang susulan aduan orang ramai mengenai perbuatan mereka mencuri sebuah motosikal di pekarangan Masjid Lahar Tiang ketika umat Islam menunaikan solat Jumaat.

"Seorang jemaah yang kebetulan lewat ke masjid nampak remaja itu sedang mencuri sebuah motosikal dan memaklumkan kepada pihak polis," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya sepasukan polis menyerbu rumah seorang remaja terbabit di Paya Keladi dan mendapati ketiga-tiganya berada di situ dan sedang meleraikan motosikal jenis Honda EX5 yang mereka curi di masjid.

"Mereka baru sahaja meleraikan motosikal berkenaan dan belum sempat membuang rangkanya ke dalam tali air, dan mereka juga mengaku telah mencuri tujuh buah motosikal sejak dua bulan lepas, katanya.

Jurucakap itu berkata polis juga menemui tujuh rangka motosikal yang dicuri yang telah dibuang ke dalam tali air di Kampung Tambang di sini selepas tiga remaja terbabit membawa polis ke situ petang semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Supt Mohd Shukri Awang ketika dihubungi, berkata susulan penahan tiga remaja berkenaan pihaknya menahan seorang lagi rakan mereka berusia 16 tahun di Bertam di sini.

"Modus operandi mereka sama seperti kumpulan yang mencuri motosikal lain iaitu menanggalkan kesemua komponen motosikal yang dicuri dan membuang rangka ke dalam anak sungai selepas mencanai nombor enjin dan casisnya bagi mengelak di kesan.

"Komponen yang dileraikan itu turut digunakan untuk motosikal masing-masing selain dijual kepada rakan dengan harga murah bagi memperolehi wang," katanya.

Katanya siasatan awal mendapati mereka yang hanya mengambil masa lima minit untuk mencuri motosikal turut bergerak aktif di sekitar Nibong Tebal, Butterworth dan Bayan Lepas.

Beliau berkata mereka kini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 379(a)(1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 29 Undang-undang Kesalahan Kecil (UKK).

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 5.56 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM