Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Empat Lelaki Termasuk Warga Kemboja Ditahan Miliki Senapang Tiruan

Diterbitkan: 19 Jan 2016 1.34 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Subang Jaya, 19 Jan - Dua senapang tiruan yang dibuat dengan bahan mudah milik dan mempunyai kemampuan membunuh dirampas di sebuah rumah di Kampung Sri Aman, Puchong, dekat sini Sabtu lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-lelaki-termasuk-warga-kemboja-ditahan-miliki-senapang-tiruan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 19:14 MYT


Subang Jaya, 19 Jan - Dua senapang tiruan yang dibuat dengan bahan mudah milik dan mempunyai kemampuan membunuh dirampas di sebuah rumah di Kampung Sri Aman, Puchong, dekat sini Sabtu lepas.

Senapang terbabit, masing-masing dibuat menggunakan paip plastik (PVC) dan kayu menggunakan peluru guli.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata dalam serbuan kira-kira 1 pagi itu, tiga warga tempatan berusia 25 hingga 40 tahun dan seorang warga Kemboja berusia 25 tahun, yang berada di rumah itu turut ditahan atas sebab memiliki senjata itu.

Katanya empat lelaki itu kini ditahan reman sehingga esok.

Menjawab pertanyaan, beliau berkata kesemua mereka yang bekerja sebagai pemandu dan kelindan lori itu tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti pengganas.

“Kesemua mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya menambah bahawa suspek warga Kemboja berusia 25 tahun itu turut ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

Dalam perkembangan lain, Yahaya berkata seorang pelancong lelaki warga Pakistan kerugian RM83,000 selepas dikurung dalam sebuah bilik apartmen di Bandar Sunway selama dua hari sejak Rabu lepas dan beberapa barangannya dilarikan.

Beliau berkata mangsa berusia 23 tahun, diikat seorang lelaki yang baru dikenali, juga dari negara yang sama yang mendakwa telah lama menetap di Malaysia, di bilik berkenaan dan diugut dengan pisau supaya menyerahkan barangan dan nombor pin kad bank miliknya.

“Mangsa turut mengadu dipukul dengan getah paip sebelum dilepaskan dan dihantar ke stesen teksi berhampiran pada Jumaat,” katanya.

Yahaya berkata mangsa, seorang jurutera komputer di Dubai, yang membuat laporan polis sebaik dilepaskan, turut mencari dua rakan yang tiba di sini bersamanya Selasa lepas.

Yahaya berkata dua rakannya dikenali sebagai Shamoon Arshad, 23, dan Muhammad Asif, 22, manakala suspek berkenaan masih belum dikenal pasti.

Kes disiasat di bawah Seksyen 347 Kanun Keseksaan iaitu pengurungan salah bagi maksud hendak memeras harta atau hendak memaksa supaya perbuatan yang menyalahi undang-undang dilakukan. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 19 Jan 2016 1.34 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM