Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Empat Lelaki Ditahan Terlibat Kes Samun Dan Curi Kereta

Published: 17 Jun 2014 7.19 AM Updated: 15 Aug 2026 7.45 PM
Petaling Jaya, 11 Julai - Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes samun dan mencuri 12 buah kereta bernilai kira-kira RM240,000 di sekitar Lembah Klang...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-lelaki-ditahan-terlibat-kes-samun-dan-curi-kereta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:53 MYT

Petaling Jaya, 11 Julai - Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes samun dan mencuri 12 buah kereta bernilai kira-kira RM240,000 di sekitar Lembah Klang. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Fadil Marsus berkata kesemua suspek yang berumur antara 20 dan 40 tahun itu ditahan secara berasingan pada 26 Jun dan pagi semalam.

"Dua suspek ditahan di Kota Damansara dalam sebuah kereta Proton Satria GTI pada 26 Jun lepas. Penangkapan mereka membawa kepada penemuan sembilan buah kereta di sekitar daerah ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini, hari ini. 

Beliau berkata kereta yang dirampas daripada mereka ialah tiga Perodua Kancil, tiga Proton Wira, sebuah Nissan Almera, sebuah Nissan Cefiro dan sebuah Proton Satria GTI.

Dua lagi rakan mereka ditahan kira-kira 9.30 pagi semalam di belakang sebuah bangunan di Jalan Masjid, Damansara sebelum polis menemui dua lagi kereta iaitu jenis Proton Perdana dan Satria, katanya.

Fadil berkata dua suspek yang ditahan semalam direman sehingga Ahad ini di IPD Petaling Jaya dan polis percaya dua lagi rakan mereka terlibat dalam kegiatan itu.

Kesemua suspek dipercayai terlibat dalam kes itu sejak awal tahun ini dan ujian air kencing mendapati tiga daripada mereka positif dadah, katanya. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 7.19 AMUpdated 15 Aug 2026 7.45 PM