Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Empat Lelaki Diberkas Kerana Disyaki Curi Kabel Elektrik Milik Sesb

Diterbitkan: 13 May 2017 2.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kota Kinabalu 31 Mei 2017 – Polis di sini memberkas empat lelaki kerana disyaki mencuri kabel elektrik bawah tanah milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Jalan Aru , Anjung Perdana, Pantai Tanjung Aru 1, Isnin lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-lelaki-diberkas-kerana-disyaki-curi-kabel-elektrik-milik-sesb
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:24 MYT

Kota Kinabalu 31 Mei 2017  – Polis di sini memberkas empat lelaki kerana disyaki mencuri kabel elektrik bawah tanah milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Jalan Aru , Anjung Perdana, Pantai Tanjung Aru 1, Isnin lepas.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata, suspek yang berumur antara 25 hingga 34 tahun berkenaan ditahan kira-kira jam 5.30 pagi ketika cuba memasukkan kabel voltan tinggi yang siap dipotong itu ke dalam sebuah kenderaan.

“Kabel sepanjang 4.34 meter, sebuah mesin pemotong rumput yang telah diubah suai  dengan  dipasang  dengan ‘grinder’ untuk memotong kabel dan sebuah kereta jenis Toyota Vios antara barangan dirampas daripada suspek,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya salah seorang suspek itu berasal dari Lawas, Sarawak,  manakala selebihnya dari daerah-daerah lain di Sabah.

Menurut M. Chandra tiga daripada suspek berkenaan positif dadah dan mereka sedang ditahan reman sehingga 2 Jun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan.

--BERNAMA

 

ArtikelDiterbitkan 13 May 2017 2.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM