Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Empat Individu Ditahan Langgar Akta Perikanan

Diterbitkan: 24 Jul 2015 12.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Empat individu ditahan bersama sebuah bot tunda berhampiran Pantai Penerok Kukup, di sini, tengahari semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-individu-ditahan-langgar-akta-perikanan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:55 MYT

Pontian, 14 Julai - Empat individu ditahan bersama sebuah bot tunda berhampiran Pantai Penerok Kukup, di sini, tengahari semalam.

Menurut Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua ACP Paul Khiu Khon Chiang, kesemua suspek yang terdiri daripada seorang tekong dan tiga awak-awak itu ditahan semasa pasukannya menjalankan Op Pensura di perairan terbabit.

"Hasil siasatan lanjut mendapati mereka berada di luar kawasan yang dibenarkan untuk aktiviti perikanan dan beroperasi di luar waktu yang ditetapkan.

"Suspek bersama barang rampasan kemudiannya dibawa ke Jabatan Perikanan Tampoi untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985." jelas beliau
Empat Individu Ditahan Langgar Akta Perikanan

ArtikelDiterbitkan 24 Jul 2015 12.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM