Empat Individu Ditahan Langgar Akta Perikanan
Pontian, 14 Julai - Empat individu ditahan bersama sebuah bot tunda berhampiran Pantai Penerok Kukup, di sini, tengahari semalam.
Menurut Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua ACP Paul Khiu Khon Chiang, kesemua suspek yang terdiri daripada seorang tekong dan tiga awak-awak itu ditahan semasa pasukannya menjalankan Op Pensura di perairan terbabit.
"Hasil siasatan lanjut mendapati mereka berada di luar kawasan yang dibenarkan untuk aktiviti perikanan dan beroperasi di luar waktu yang ditetapkan.
"Suspek bersama barang rampasan kemudiannya dibawa ke Jabatan Perikanan Tampoi untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985." jelas beliau