Empat Ditahan Main Judi Belangkas Dalam Ladang Kelapa Sawi
Seremban,
17 Ogos - Sekumpulan lelaki yang sedang asyik bermain 'judi belangkas'
di sebuah ladang kelapa sawit di Bukit Pelanduk, Port Dickson dekat
sini, bertempiaran lari selepas diserbu polis, malam tadi.
Dalam serbuan kira-kira pukul 11.15 malam itu, empat daripada mereka berjaya diberkas selepas gagal meloloskan diri dari kepungan pihak berkuasa.
Ketua
Polis Daerah Port Dickson Supt Abd Wahab Harun berkata, semasa serbuan
tersebut terdapat kira-kira 10 lelaki sedang asyik berjudi di sebuah
khemah di dalam ladang kelapa sawit berkenaan.
Katanya,
apabila menyedari kehadiran pihak polis semua kaki judi berkenaan
bertempiaran lari ke kawasan ladang kelapa sawit untuk mengelakkan diri
ditahan.
"Dalam
serbuan ini kita berjaya menahan seramai empat lelaki berusia 23 hingga
56 tahun yang disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian ini manakala
yang lain dapat melarikan diri," katanya ketika dihubungi di sini hari
ini.
Katanya,
semua suspek yang bekerja sendiri itu ditahan untuk siasatan lanjut
sebelum sebarang tindakan diambil ke atas mereka. Dalam operasi itu
polis turut merampas sebuah meja, beberapa buah kerusi, peralatan
perjudian dan wang tunai berjumlah RM78.
Sumer : BERNAMA