Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Empat Ditahan Bersama Lebih 2 Kilogram Dadah

Diterbitkan: 10 Mar 2016 11.59 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.31 PM
Kuala Lumpur, 11 Mac - Polis menahan empat individu dan merampas 2.011 kilogram dadah jenis ketamin dalam satu serbuan di Taman Permaisuri Cheras dekat sini, tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-ditahan-bersama-lebih-2-kilogram-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:38 MYT


Kuala Lumpur, 11 Mac - Polis menahan empat individu dan merampas 2.011 kilogram dadah jenis ketamin dalam satu serbuan di Taman Permaisuri Cheras dekat sini, tadi.

Serbuan oleh Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING), Bukit Aman itu mendapati dadah tersebut digunakan di pusat-pusat hiburan.

Kejayaan terbaru STING itu dikongsi Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi kenyataannya yang dimuat naik ke laman Twitternya sebentar tadi.

" Syabas STING @PDRMsia tadi tkap 4 org di Tmn Permaisuri, Cheras dan rampas 2011grm Ketamine, dadah yg digunakan di pusat2 hiburan.‪#‎GoPDRMGo‬," katanya.

Empat Ditahan Bersama Lebih 2 Kilogram Dadah


ArtikelDiterbitkan 10 Mar 2016 11.59 PMDikemas kini 15 Aug 2026 7.31 PM