Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Empat Ditahan Berhubung Kes Pecah Rumah Dan Curi Kenderaan D

Published: 18 Jun 2014 8.32 AM Updated: 15 Aug 2026 7.36 PM
Kangar, 24 Jan - Pihak polis berjaya menyelesaikan beberapa kes kejadian pecah rumah dan mencuri kenderaan di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang ekoran tertangkapnya empat lelaki yang berumur antara 22 hi..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-ditahan-berhubung-kes-pecah-rumah-dan-curi-kenderaan-d
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:01 MYT

Kangar, 24 Jan - Pihak polis berjaya menyelesaikan beberapa kes kejadian pecah rumah dan mencuri kenderaan di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang ekoran tertangkapnya empat lelaki yang berumur antara 22 hingga 31 tahun pada 6 Jan lalu.

Ketua Polis Perlis Datuk Zull Aznam Haron berkata menerusi operasi yang dibuat dengan bantuan Pasukan Petugas Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontingen Kedah telah membuat beberapa siri tangkapan ke atas suspek dan merampas barangan yang dipercayai dicuri dari mangsa.

Beliau berkata suspek dipercayai terbabit dalam dua kes pecah rumah dan curi kenderaan pada 2 Dis tahun lalu di Taman Temak Jaya dan Taman Simpang Jaya, Simpang Empat dekat sini yang melibatkan kehilangan dua buah kereta iaitu Toyota Camry dan Toyota Vios.

Dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes dadah, mencuri dan pecah rumah, katanya.

Beliau berkata dua daripada mereka merupakan peniaga kedai makan dan selebihnya merupakan mekanik dan buruh.

Zull Aznam berkata suspek yang bekerja sebagai buruh itu didapati positif dadah dan telah dituduh di mahkamah pada 13 Jan sementara tiga lagi direman sehingga 29 Jan ini.

Beliau juga berkata seorang peniaga kain berumur 34 tahun telah ditahan di Taman Seri Embun di sini pagi tadi kerana terlibat dalam kegiatan kongsi gelap.

"Dua bilah parang panjang, dua bilah pedang, sehelai kemeja putih tertera gambar naga dan sijil watikah yang tertera logo serta perkataan 'To Black Dragon' sebagai 'Kekanda Kumpulan 368 Kedah' adalah antara barangan yang dirampas daripadanya," katanya.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 8.32 AMUpdated 15 Aug 2026 7.36 PM