Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Empat Cuba Seludup Minyak Ke Selatan Filipina Ditahan

Diterbitkan: 30 Mar 2015 3.39 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Empat lelaki yang disyaki terbabit dalam kegiatan menyeludup petrol subsidi di daerah ini ditahan di perairan Nusa Jaya, selepas dipercayai cuba membawa bahan api itu ke selatan Filipina, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-cuba-seludup-minyak-ke-selatan-filipina-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:21 MYT

30 Mac 2015: Empat lelaki yang disyaki terbabit dalam kegiatan menyeludup petrol subsidi di daerah ini ditahan di perairan Nusa Jaya, selepas dipercayai cuba membawa bahan api itu ke selatan Filipina, kelmarin. 

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, lelaki berusia 25 tahun hingga 57 tahun itu berada dalam tiga bot yang bergerak dalam keadaan mencurigakan ke arah perairan antarabangsa. 

Berikutan itu, sekumpulan 10 anggota Pasukan Poiis Marin (PPM) yang melaksanakan Ops Tugas Khas mendekati bot terbabit untuk diperiksa sebelum menemui 18 tong plastik berisi 540 liter petrol dianggar bemilai RM1,798.

Komander PPM Wilayah Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Madun, berkata bahan api itu yang dibeli di stesen minyak di daerah ini dipercayai cuba diseludup ke negara jiran kerana pemiliknya gagal menunjukkan dokumen pemilikan bahan api bersubsidi.

"Setelah melakukan pemeriksaan, anggota PPM menemui 18 tong plastik berisi petrol yang disembunyikan dalam ketiga-tiga bot terbabit dengan jumlah keseluruhan kira-kira 540 liter.

"Petrol dan bot pam dirampas, manakala keempat-empat lelaki terbabit ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kastam 1967. 

"Jumlah keseluruhan rampasan dianggar RM20,000," katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Empat Cuba Seludup Minyak Ke Selatan Filipina Ditahan

ArtikelDiterbitkan 30 Mar 2015 3.39 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM