Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Empat Beradik Ditahan Disyaki Jalan Kegiatan Loteri Haram

Diterbitkan: 16 Jun 2014 8.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
selain wang tunai berjumlah RM19,000, polis turut merampas beberapa mesin faksimili dan dokumen yang dipercayai digunakan untuk tempahan nombor pertaruhan..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-beradik-ditahan-disyaki-jalan-kegiatan-loteri-haram
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:56 MYT
SHAH ALAM, 16 Januari 2012 (Bernama) -- Polis menahan empat beradik dalam satu serbuan di sebuah rumah di Tanjung Karang, Kuala Selangor, dekat sini, semalam kerana disyaki menjalankan kegiatan loteri haram.

Serbuan itu dilakukan pegawai dan anggota bahagian Risikan dan Operasi Bidang Keutamaan Keberhasilan Negara (NKRA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor kira-kira 6 petang.

Empat beradik termasuk seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 30 dan 50 tahun itu diberkas selepas polis melakukan risikan selama dua minggu.

Menurut jurucakap polis hari ini, selain wang tunai berjumlah RM19,000, polis turut merampas beberapa mesin faksimili dan dokumen yang dipercayai digunakan untuk tempahan nombor pertaruhan.

Difahamkan, sindiket yang bergiat aktif sejak dua tahun itu, mampu mengaut keuntungan sehingga mencecah RM 1.5 juta dalam tempoh sebulan.

Menurut jurucakap polis, ketika serbuan itu, kesemua suspek sedang menunggu keputusan loteri dan tidak menyedari kehadiran polis.

"Mereka cuba untuk meloloskan diri tetapi gagal kerana premis terbabit sudah dikepung (polis)," katanya.

Siasatan awal mendapati sindiket terbabit melantik ejen bagi mencari pelanggan dan setiap nombor pertaruhan yang dipilih akan ditempah melalui mesin faksimili.

Ejen yang mendapatkan pelanggan juga akan diberi komisen 20 sen bagi setiap nombor yang dibeli dan mereka mampu meraih pendapatan antara RM1,000 hingga RM2,000 sebulan bergantung kepada jumlah nombor yang ditempah oleh kaki judi (pelanggan).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi hari ini mengesahkan penangkapan itu dan kesemua suspek kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 8.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM