Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Empat Ahli Geng 21 Ditahan Edar Heroin

Published: 20 Aug 2018 8.18 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Shah Alam, 20 Ogos 2018 - Empat lelaki dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap Geng 21 yang menjadi dalang pengedaran dadah jenis heroin di sekitar kawasan Klang Utara berjaya ditahan dalam satu serbuan pada 14 Ogos lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-ahli-geng-21-ditahan-edar-heroin
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:41 MYT

Shah Alam, 20 Ogos 2018 - Empat lelaki dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap Geng 21 yang menjadi dalang pengedaran dadah jenis heroin di sekitar kawasan Klang Utara berjaya ditahan dalam satu serbuan pada 14 Ogos lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, hasil serbuan terbabit,polis berjaya merampas dadah jenis heroin dengan anggaran berat kira-kira 2.27 kilogram bernilai hampir RM40,000.

"Hasil siasatan kita mendapati, tiga suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan dan seorang sebagai penyelia keselamatan. Pekerjaan ini hanyalah untuk mengaburi pihak berkuasa daripada mengesan aktiviti haram kumpulan ini.

"Siasatan lanjut mendapati kesemua suspek berusia 21 hingga 41 tahun ini telah aktif dalam pengedaran dadah berunsur kongsi gelap sejak tahun lalu. Tiga daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan pelbagai jenayah,"katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Tambah Mazlan, selain merampas dadah pihaknya turut menyita beberapa barangan bernilai kira-kira RM47,500.

"Kesemua suspek kini direman sehingga Rabu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - K! ONLINE

ArticlePublished 20 Aug 2018 8.18 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM