Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Elak Polis Rempuh Pokok

Diterbitkan: 19 Mar 2015 1.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Dua lelaki dipercayai penjenayah cedera selepas kereta dinaiki merempuh pokok sawit ketika melarikan diri daripada dikejar pasukan peronda polis di ladang FELDA leper Hilir, Gambang, dekat sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/elak-polis-rempuh-pokok
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:44 MYT

Dua lelaki dipercayai penjenayah cedera selepas kereta dinaiki merempuh pokok sawit ketika melarikan diri daripada dikejar pasukan peronda polis di ladang FELDA leper Hilir, Gambang, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, polis turut menemui beberapa bungkusan plastik lutsinar dipercayai morfin yang tercampak keluar kenderaan susulan kemalangan berkenaan.

Sumber berkata, anggota polis yang melakukan rondaan di Kilometer 216.6 berhampiran susur keluar Gambang terserempak dengan sebuah kenderaan yang dinaiki dua lelaki dengan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi.

SUMBER : BERITA HARIAN

Elak Polis Rempuh Pokok

ArtikelDiterbitkan 19 Mar 2015 1.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM