Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Elak Ditipu Polis Nasihat Jangan Mudah Terpedaya Dengan Tawaran Hebat

Published: 16 Jan 2017 5.27 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Bandar Seri Jempol, 16 Januari 2017 - Masyarakat setempat diingatkan berhati-hati dengan tawaran menarik yang tidak masuk akal, susulan tiga kes penipuan dilaporkan minggu lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/elak-ditipu-polis-nasihat-jangan-mudah-terpedaya-dengan-tawaran-hebat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 02:59 MYT

ELAK DITIPU, POLIS NASIHAT JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN TAWARAN HEBAT

Bandar Seri Jempol, 16 Januari 2017 - Masyarakat setempat diingatkan berhati-hati dengan tawaran menarik yang tidak masuk akal, susulan tiga kes penipuan dilaporkan minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor, adalah mustahil bagi sebuah telefon pintar baharu dijual pada harga RM660.

Bagaimanapun, katanya, seorang penuntut berusia 20 tahun di Bahau dekat sini, terpedaya hingga sanggup membayar RM6,600 untuk membeli 10 unit telefon itu.

"Mangsa mengenali seorang perempuan melalui aplikasi WeChat yang mendakwa sebagai pengedar telefon itu.

"Selepas memasukkan wang ke dalam akaun wanita berkenaan, dia tidak dapat dihubungi," katanya ketika ditemui selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol di sini, hari ini.

Selanjutnya di : https://www.bharian.com.my/node/235232

ArticlePublished 16 Jan 2017 5.27 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM