Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Eksa Pdrm Laksanakan Pengauditan Pensijilan Eksa Kendiri

Diterbitkan: 01 Aug 2023 11.54 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 1 Ogos 2023 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) diberi peluang untuk melaksanakan Pengauditan Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Kendiri baru-baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/eksa-pdrm-laksanakan-pengauditan-pensijilan-eksa-kendiri
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:09 MYT
Kuala Lumpur, 1 Ogos 2023 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) diberi peluang untuk melaksanakan Pengauditan Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Kendiri baru-baru ini.
Sebanyak lima kontinjen iaitu Sarawak, Sabah, Perak, Kuala lumpur (KL), Selangor terlibat dalam pengauditan pensijilan EKSA Kendiri yang telah dijalankan oleh pasukan juruaudit dari Bukit Aman.
Pengauditan EKSA Kendiri yang bermula sejak 24 Julai lalu itu bertujuan memastikan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan dalam persekitaran kerja yang kondusif sektor awam, dapat didukung oleh PDRM selari dengan hala tujunya untuk memberi penekanan kepada perkhidmatan yang profesional, cekap, berkesan serta mesra.
Audit yang dijalankan meliputi pemeriksaan mengikut zon yang telah ditetapkan dan ruang-ruang pejabat selain kawasan-kawasan luar pejabat bagi memastikan garis panduan dipatuhi setiap kriteria pengauditan EKSA dipenuhi.

Beberapa pandangan dan cadangan turut diberikan oleh juruaudit bagi mencapai piawaian sebenar yang ditetapkan pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri.

ArtikelDiterbitkan 01 Aug 2023 11.54 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM