Edar Dadah Di Labuan Dipatahkan Polis
LABUAN,
17 September 2010 (Bernama) -- Polis mematahkan kegiatan pengedaran
dadah di pulau ini dengan tertangkapnya dua adik-beradik dan merampas
dadah jenis syabu bernilai RM32,000 pada Khamis.
Ketua
Polis Labuan Penguasa Saiman Kasran berkata lelaki pertama berusia 56
tahun itu ditahan oleh anggota anti narkotik yang diketuai C/Insp Syed
Asrul Sani diterminal feri pada 1 petang.
Beliau
berkata setelah diperiksa polis menjumpai dadah jenis syabu yang
dianggar seberat 104 gram disembunyikan di bawah karpet bonet kereta
jenis MyVi yang dipandu lelaki itu.
"Hasil
siasatan lanjut, polis menyerbu sebuah rumah di jalan Kinabenua dan
menemui tiga bungkusan dadah jenis Syabu seberat 0.97 gram selain
peralatan untuk menimbang," katanya kepada pemberita di sini.
Saiman berkata dalam serbuan itu seorang lelaki berumur 55 tahun yang merupakan adik kepada lelaki pertama ditahan.
Kedua-dua lelaki itu kini ditahan reman selama enam hari bermula semalam, katanya.