Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Edar Dadah Di Labuan Dipatahkan Polis

Published: 16 Jun 2014 2.31 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis mematahkan kegiatan pengedaran dadah di pulau ini dengan tertangkapnya dua adik-beradik dan merampas dadah jenis syabu bernilai RM32,000..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/edar-dadah-di-labuan-dipatahkan-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:26 MYT

LABUAN, 17 September 2010 (Bernama) -- Polis mematahkan kegiatan pengedaran dadah di pulau ini dengan tertangkapnya dua adik-beradik dan merampas dadah jenis syabu bernilai RM32,000 pada Khamis.

Ketua Polis Labuan Penguasa Saiman Kasran berkata lelaki pertama berusia 56 tahun itu ditahan oleh anggota anti narkotik yang diketuai C/Insp Syed Asrul Sani diterminal feri pada 1 petang.

Beliau berkata setelah diperiksa polis menjumpai dadah jenis syabu yang dianggar seberat 104 gram disembunyikan di bawah karpet bonet kereta jenis MyVi yang dipandu lelaki itu.

"Hasil siasatan lanjut, polis menyerbu sebuah rumah di jalan Kinabenua dan menemui tiga bungkusan dadah jenis Syabu seberat 0.97 gram selain peralatan untuk menimbang," katanya kepada pemberita di sini.

Saiman berkata dalam serbuan itu seorang lelaki berumur 55 tahun yang merupakan adik kepada lelaki pertama ditahan.

Kedua-dua lelaki itu kini ditahan reman selama enam hari bermula semalam, katanya.

ArticlePublished 16 Jun 2014 2.31 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM