Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dvd Haram Op Cantas Jsjk Catat Kejayaan 20140618

Published: 18 Jun 2014 2.19 AM Updated: 15 Aug 2026 7.39 PM
Kuala Lumpur, 11 Okt – Pasukan Polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman bersama Pasukan Polis JSJK dari Kontinjen Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan telah melancarkan..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dvd-haram-op-cantas-jsjk-catat-kejayaan-20140618
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:44 MYT

Kuala Lumpur, 11 Okt – Pasukan Polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman bersama Pasukan Polis JSJK dari Kontinjen Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan telah melancarkan “OP cantas JSJK” bermula dari 26 Sepetember hingga 11 Oktober yang lalu bagi mengesan dan menangkap suspek-suspek yang terlibat di dalam kegiatan penjualan DVD/VCD dan juga kes-kes penipuan serta pecah amanah jenayah.

Dalam serbuan yang dilakukan di sebuah premis di Jalan Ipoh, Sentul, Kuala Lumpur, pihak polis telah menangkap dua orang lelaki Bangladesh yang berumur dari 23 hingga 33 tahun bersama rampasan 11,106 keping DVD, wang tunai RM3,100, 34,729 paket pelbagai jenis ubat dan 450 karton rokok jenama Modeng.

Dalam serbuan berasingan di 5 buah premis di Subang Jaya dan Puchong, seramai 3 lelaki dan seorang wanita ditangkap bersama rampasan 11,177 keping DVD lucah dan DVD tanpa Sijil B bersama wang tunai berjumlah RM635.00.

Sementara itu di Negeri Sembilan, seramai 14 orang suspek berumur lingkungan 20 hingga 50 tahun telah berjaya ditangkap dalam operasi ini menyaksikan sebanyak 17 kes berkenaan aktiviti penjualan DVD haram ini berjaya diselesaikan.

Kesemua suspek yang ditangkap telah dibawa dan dituduh di mahkamah atas kesalahan di bawah Akta Penapisan Filem, Pecah Amanah, memiliki DVD/VCD Lucah dan kes Penipuan.

Dvd Haram Op Cantas Jsjk Catat Kejayaan 20140618
Dvd Haram Op Cantas Jsjk Catat Kejayaan 20140618
Dvd Haram Op Cantas Jsjk Catat Kejayaan 20140618
Dvd Haram Op Cantas Jsjk Catat Kejayaan 20140618

Sumber : Unit Portal Dan Facebook Rasmi Bukit Aman

ArticlePublished 18 Jun 2014 2.19 AMUpdated 15 Aug 2026 7.39 PM