Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dvd Haram Lucah Bernilai Rm1 4 Juta Dirampas

Published: 13 Jun 2014 1.54 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Shah Alam - 24 Jun 2009. Sebanyak 366,952 keping cakera padat digital (DVD) haram termasuk DVD lucah bernilai RM1.4 juta dirampas dalam satu serbuan lot kedai di Seksyen 17 minggu lalu...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dvd-haram-lucah-bernilai-rm1-4-juta-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:13 MYT

Shah Alam - 24 Jun 2009. Sebanyak 366,952 keping cakera padat digital (DVD) haram termasuk DVD lucah bernilai RM1.4 juta dirampas dalam satu serbuan lot kedai di Seksyen 17 minggu lalu.

Dalam Serbuan Oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman bersama anggota Ibu Pejabat Kontinjen Selangor (IPK) kira-kira jam 7 petang, enam suspek lelaki warga tempatan dipercayai dalang utama turut ditahan.

Ketua JSJK Selangor, ACP Chong Mun Phing berkata, kesemua suspek berusia antara 22 hingga 31 tahun ditahan ketika sedang melakukan pembungkusan di kedai terbabit dipercayai dijadikan sebagai stor simpanan.

Bersama tangkapan tesebut, pihaknya turut merampas 365,400 keping DVD yang tidak mendapat sijil B manakala 1,552 keping lagi merupakan DVD lucah.

Menurutnya lagi, rampasan tersebut adalah rampasan DVD haram terbesar di Selangor bagi tahun ini, katanya dalam sidang akhbar semalam.
ArticlePublished 13 Jun 2014 1.54 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM