Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dulu Hanya 4 Kini 27

Diterbitkan: 10 Jun 2014 7.06 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.30 PM
'Saya telah melihat unit ini berkembang daripada hanya sebuah unit yang kecil dengan empat buah kapal terbang ke sebuah organisasi yang besar yang mempunyai 27 pesawat dan empat buah pangkalan di selu..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dulu-hanya-4-kini-27
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:13 MYT
Sungai Besi, Kuala Lumpur - 29 Disember 2010

"Saya telah melihat unit ini berkembang daripada hanya sebuah unit yang kecil dengan empat buah kapal terbang ke sebuah organisasi yang besar yang mempunyai 27 pesawat dan empat buah pangkalan di seluruh negara. Apa yang akan saya rindui apabila meninggalkan jawatan ini ialah semangat 'Esprit De Corps' yang tinggi dalam Jabatan KDN/KA, yang jarang kita jumpa  sama ada di cawangan lain dalam PDRM mahupun di agensi-agensi kerajaan yang lain," ujar YDH SAC Dato' Chuah Ghee Lye, Komander Unit Udara di dalam ucapannya di Majlis Serah Terima Tugas Komander Unit Udara PDRM.

Majlis Serah Terima Tugas hari ini menyaksikan jawatan Komander Unit Udara Polis Diraja Malaysia yang dipegang oleh YDH SAC Dato' Chuah Ghee Lye bertukar tangan  kepada YDH ACP Kamarulzaman bin Md Jan yang akan memangku jawatannya  di Majlis Serah Terima Tugas Komander Unit Udara Malaysia yang disaksikan oleh YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan KDN/KA PDRM  di Pangkalan Semenanjung Unit Udara Malaysia Sungai Besi, Kuala Lumpur.

YDH SAC Dato' Chuah Ghee Lye telah berkhidmat di Unit Udara PDRM  selama 29 tahun dengan memulakan tugas sebagai juruterbang PDRM dengan pangkat Inspektor pada tahun 1981. Pada 29 Januari 2007, beliau telah memegang jawatan sebagai Komander Unit Udara PDRM. Di dalam tempoh 29 tahun itu, beliau telah menimba banyak pengalaman semasa bertugas di Unit Udara PDRM dan kini akan menerajui Polis Kontijen Melaka pada 31 Disember 2010.

Melalui ucapannya juga beliau menyatakan,  selaras dengan perkembangan tersebut, peranan dan fungsi Unit Udara PDRM telah di perluaskan daripada hanya sebagai Unit Sokongan untuk Polis Marin pada ketika itu sehinggalah kepada pelbagai khidmat  sokongan udara kepada seluruh pasukan dan agensi kerajaan pada hari ini.

Beliau turut mengambil kesempatan  mengucapkan selamat maju jaya dalam tugas dan tanggungjawab kepada Komander Unit Udara PDRM yang baru yang beliau telah kenali selama 30 tahun semasa Kursus Pengesahan Jawatan di Maktab Kuala Kubu Bharu pada 1980 dalam melaksanakan tugas dan menghadapi cabaran bagi meluaskan fungsi dan peranan Unit Udara PDRM. Antaranya pemindahan Pangkalan Semenanjung dari Sungai Besi ke Subang, Penubuhan Pangkalan-pangkalan Wilayah di seluruh negara, kekurangan aset-aset udara dan kelengkapan operasi dan pengaliran keluar juruterbang dan jurutera PDRM ke sektor swasta.

"Di sini saya ingin menyeru kepada dan mengharapkan agar kerjasama erat dan sokongan yang padu dapat diteruskan  kepada Komander Unit Udara PDRM yang baru, saya percaya dengan pengalaman dan kewibawaan tinggi yang dimiliki ACP Kamarulzaman bin Md. Jan, beliau berupaya memimpin Unit Udara PDRM dengan lebih cemerlang,"ucap beliau diakhir ucapannya.

Di dalam majlis tersebut, turut diadakan upacara penyampaian Cek Sumbangan kepada balu Allahyarham Insp. Mohd Shukri bin Othman, Puan Syamila binti Halim yang maut akibat nahas akibat kemalangan udara yang berlaku di Malim Nawar pada 14 Disember 2010 yang lalu. Sumbangan tersebut telah disumbangkan oleh Syarikat Systematic Aviation Services dan Insurans Kelompok Koperasi Polis berjumlah RM 20 ribu. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YDH SAC Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Timbalan Pengarah (Kepolisan/Pencegahan Jenayah) Jabatan KDN/KA, YDH SAC Dato' Salleh bin Md. Rashid Timbalan Pengarah (PGA/PGRSN Sempadan/ Kawalan Keselamatan Lapangan Antarabangsa) Jabatan KDN/KA serta dif-dif jemputan dan wakil-wakil  media tempatan.

Dulu Hanya 4 Kini 27
YDH SAC Dato' Chuah Ghee Lye menyerahkan Sijil Serah Terima Tugas Komander Unit Udara PDRM kepada YDH ACP Kamarulzaman bin Md Jan sambil disaksikan oleh YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan KDN/KA PDRM.

Dulu Hanya 4 Kini 27
YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar menyampaikan sumbangan kepada balu Allahyarham Insp. Mohd Shukri bin Othman, Puan Syamila binti Halim

Jurufoto    :
Wartawan   : L/Kpl Mohd Shareel bin Shahriman
Penyunting : C/Insp Norsuzila binti Kamaruldin
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 7.06 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.30 PM