Laluan di LEbuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE), bukanlah suatu lokasi panas atau 'hot spot' untuk sebarang aktiviti dan kegiatan lumba haram susulan kejadian kemalangan membabitkan tiga beranak maut di Kilometer 6.2, di sini, Sabtu lalu.
Sebaliknya laluan berkenaan adalah satu laluan biasa yang dikenal pasti sebagai kawasan hitam atau 'black spot' kerana didapati sering berlaku kemalangan disebabkan tindakan segelintir pengguna jalan raya yang memandu dalam keadaan laju dan berbahaya.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Dato' Mohd Fuad Abd Latiff, berkata pihaknya sentiasa melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan di kawasan panas dan lokasi hitam di seluruh negara bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang ditetapkan demi keselamatan semua pihak.
Sumber: Berita Harian