Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Warga Indonesia Ditahan Rampas Empat Laras Senapang

Published: 29 Mar 2017 7.49 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis berjaya merampas empat laras senapang buatan sendiri dan sejumlah dadah susulan penahanan dua lelaki warga Indonesia dalam serbuan di sebuah rumah di Ladang Suntai 2 Sabahan, di sini, tengah malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-warga-indonesia-ditahan-rampas-empat-laras-senapang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:52 MYT

Kunak, 29 Mac - Polis berjaya merampas empat laras senapang buatan sendiri dan sejumlah dadah susulan penahanan dua lelaki warga Indonesia dalam serbuan di sebuah rumah di Ladang Suntai 2 Sabahan, di sini, tengah malam tadi.

Dalam serbuan pukul 12.30 tengah malam itu, polis menahan dua suspek berusia 24 dan 28 tahun dan menemukan dua laras senapang bakakuk dan dua senapang guli serta 58.89 gram dadah jenis syabu bernilai RM4,500.

Ketua Polis Daerah Kunak, Supt Mohd Nasaruddin M.Nasir berkata kedua-dua suspek itu disyaki sebagai pengedar dadah di sekitar Ladang Sabahan dan ditakuti semua pekerja ladang ekoran memiliki senapang buatan sendiri.

"Hasil pemeriksaan, polis turut menemui tiga butir peluru dan 31 biji guli serta peralatan menghisap dadah di rumah berkenaan,' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, katanya, empat suspek penagih dadah berusia 17 dan 24 tahun ditahan di sebuah rumah di Ladang PJ Sabah pada pukul 1.30 pagi tadi.

Katanya, kesemua lelaki tersebut tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan ujian saringan awal air kencing mendapati mereka positif dadah jenis syabu.

- BERNAMA

ArticlePublished 29 Mar 2017 7.49 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM