Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Remaja Maut Selepas Motosikal Dirempuh Treler

Diterbitkan: 27 Apr 2016 10.14 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.29 PM
Baling, 27 April- Dua remaja maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggang mereka dilanggar sebuah treler di Km31 Jalan Sungai Petani-Baling, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-remaja-maut-selepas-motosikal-dirempuh-treler
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:03 MYT

Baling, 27 April- Dua remaja maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggang mereka dilanggar sebuah treler di Km31 Jalan Sungai Petani-Baling, semalam.

Ketua Polis Daerah Baling, Supt Syariffuddin Yusof berkata dalam kejadian pukul 5 petang itu, treler berkenaan dilaporkan mengelak daripada sebuah bas yang berhenti secara mengejut untuk mengambil penumpang.

"Mangsa yang maut di tempat kejadian itu dikenali sebagai Muhammad Syukri Bin Razali (penunggang) 17, dan Nik Amirun Ikhmal Bin Nik Abd Rahim (pembonceng), 18," katanya ketika dihubungi.

Syariffuddin berkata pemandu treler G.Shurendar, 28, semasa kejadian cuba mengelak sebuah bas dari arah Baling ke Kuala Ketil sebelum merempuh motosikal berkenaan dari arah bertentangan.

Katanya mayat kedua-dua lelaki itu dihantar ke Hospital Daerah Baling.

Katanya, kes berkenaan di siasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 27 Apr 2016 10.14 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.29 PM