Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Remaja Lelaki Ditahan Kes Samun Sekitar Lembah Klang

Published: 17 May 2016 9.45 AM Updated: 15 Aug 2026 7.27 PM
Kuala Lumpur, 17 Mei - Dua lelaki, masing-masing berusia 14 dan 17 tahun, telah ditahan di sini kerana dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun di sekitar Lembah Klang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-remaja-lelaki-ditahan-kes-samun-sekitar-lembah-klang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:08 MYT
Kuala Lumpur, 17 Mei - Dua lelaki, masing-masing berusia 14 dan 17 tahun, telah ditahan di sini kerana dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun di sekitar Lembah Klang.

Kedua-duanya dipercayai melakukan kegiatan samun bersenjatakan pisau sejak awal tahun ini selepas berhenti sekolah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, DSP Mat Zani Che Ali berkata mereka ditahan di sebuah rumah dan kedai runcit di Jalan Jelatek Jumaat lepas dan direman sehingga Jumaat ini.

Menurutnya, siasatan lanjut membawa kepada penahanan tiga pekerja dua buah kedai telefon bimbit di sebuah kompleks perniagaan di sini yang dipercayai menjual semula hasil samun kedua-dua suspek.

"Hasil serbuan ke atas kedai itu, polis merampas 34 telefon bimbit," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dalam serbuan berasingan, empat lelaki dan dua perempuan berusia antara 17 dan 19 tahun ditahan kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti ragut.

Kesemua mereka dipercayai daripada satu kumpulan dan aktif melakukan kegiatan demikian di sekitar ibu kota sejak awal tahun ini.

Mat Zani berkata dalam serbuan itu, polis merampas sebuah motosikal dan beg tangan wanita.

Keenam-enam remaja itu, yang tinggal di sebuah unit rumah sewa di rumah kedai berhampiran Pudu di sini, ditahan reman sehingga Khamis ini, tambahnya.

Beliau meminta mana-mana individu yang pernah disamun untuk membuat pengecaman barangan masing-masing di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju.- BERNAMA
ArticlePublished 17 May 2016 9.45 AMUpdated 15 Aug 2026 7.27 PM