Dua Remaja Direman Bantu Siasatan Berhubung Ugut Dan Pukul Pelajar Sekolah
Dua remaja lelaki ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes ugut dan pukul seorang pelajar sekolah di Pandamaran dekat sini, kelmarin kerana dipercayai enggan menyertai kumpulan samseng yang dianggotai mereka.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarulzaman Mamat berkata, kedua-dua remaja yang berumur 13 dan 15 tahun itu ditahan reman selama dua hari bermula hari semalam.
Menurutnya, kedua-dua suspek yang tidak lagi bersekolah ditahan semalam selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pukul pelajar sekolah menengah berumur 13 tahun itu kelmarin.
Sumber: Utusan Malaysia