Dua Rakan Karib Edar Dadah Ke Tali Gantung 20150807
Muar: Dua rakan karib dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah mengedar dadah campuran jenis heroin dan monoacetyl morphines seberat 381.02 gram, pada 29 November 2011.
Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz ketika membacakan penghakimannya mendapati pihak pembelaan gagal untuk menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan dihadapi Lau Fong Yee, 40, dan Ng Peng Seng, 49.
Mengikut pertuduhan, mereka yang berasal dari Batu Pahat secara bersama-sama pada tarikh itu pada jam 3.45 petang di Kilometer 160 Arah Selatan Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Tangkak, Ledang didakwa mengedar dadah seberat 381.02 gram (campuran 283.92 gram heroin dan 97.10 gram Monoacetylmorpines).