Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Rakan Ditahan Bersama Syabu Dan Wang Tunai

Published: 11 Jul 2016 2.47 PM Updated: 15 Aug 2026 7.23 PM
Kuala Terengganu, 11 Julai 2016 - Dua orang rakan diberkas bersama dadah dipercayai syabu dan wang tunai yang kesemuanya bernilai lebih RM17,000 di Taman Tanjung Permata di sini awal pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-rakan-ditahan-bersama-syabu-dan-wang-tunai
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:02 MYT
Kuala Terengganu, 11 Julai 2016 - Dua orang rakan diberkas bersama dadah dipercayai syabu dan wang tunai yang kesemuanya bernilai lebih RM17,000 di Taman Tanjung Permata di sini awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Supt Suffian Sulaiman berkata kedua-dua suspek yang bekerja sebagai buruh itu ditahan kira-kira pukul 1 pagi di rumah sewa seorang daripada suspek.

Beliau berkata polis turut menemui sejumlah dadah yang dipercayai syabu bernilai kira-kira RM6,500 yang disorok di dalam sebuah kotak telefon dan wang tunai dipercayai hasil jualan dadah sebanyak RM11,100.

Suspek yang berumur 25 dan 26 tahun itu berasal dari Gong Badak dan Kampung Telemong di sini yang dipercayai aktif dalam kegiatan pengedaran syabu di sekitar Kuala Terengganu.

Suffian berkata kedua-duanya direman sehingga 16 Julai ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.-BERNAMA
 
ArticlePublished 11 Jul 2016 2.47 PMUpdated 15 Aug 2026 7.23 PM