Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Pusat Hiburan Diserbu Empat Remaja Selamat

Published: 19 Jun 2014 2.37 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Empat remaja warga asing bawah umur berjaya diselamatkan daripada aktiviti pemerdagangan manusia dalam serbuan terhadap dua pusat hiburan, Jalan Puchong Mesra 1, baru-baru ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-pusat-hiburan-diserbu-empat-remaja-selamat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:21 MYT

Empat remaja warga asing bawah umur berjaya diselamatkan daripada aktiviti pemerdagangan manusia dalam serbuan terhadap dua pusat hiburan, Jalan Puchong Mesra 1, baru-baru ini.

Dalam serbuan jam 7.10 malam itu, empat remaja berusia 16 dan 17 tahun itu ditemui bersama 89 lagi pelayan pelanggan (GRO) warga asing di dalam bilik khas dipercayai sedang menunggu dilanggan lelaki hidung belang yang mengunjungi pusat berkenaan.

Keempat empat remaja itu dipercayai diperdaya oleh satu sindiket pemerdagangan manusia yang membawa masuk gadis daripada negara jiran untuk aktiviti tidak bermoral di negara ini.

Pihak polis juga menahan 89 GRO membabitkan 71 warga Vietnam, 17 warga China dan tiga warga Kemboja serta dua daripada Thailand berusia lingkungan 16 sehingga 30 tahun. Semua mereka yang ditahan akan disiasat mengikut Akta Imigresen dan Akta Pemerdagangan dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

Dua Pusat Hiburan Diserbu Empat Remaja Selamat
Sumber : Keratan Akhbar Harian Metro

ArticlePublished 19 Jun 2014 2.37 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM