Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Perompak Cuba Samun Guna Parang Ditahan

Diterbitkan: 19 Aug 2014 4.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tindakan dua perompak bertopeng cuba melakukan samun ke atas seorang lelaki dengan bersenjatakan parang memakan diri apabila penjenayah itu berjaya diberkas polis dalam kejadian di Jalan Cina di sini semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-perompak-cuba-samun-guna-parang-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:00 MYT
Miri, 19 Ogos - Tindakan dua perompak bertopeng cuba melakukan samun ke atas seorang lelaki dengan bersenjatakan parang memakan diri apabila penjenayah itu berjaya diberkas polis dalam kejadian di Jalan Cina di sini semalam. 

Semasa kejadian pada pukul 2.15 petang, kedua-dua penjenayah warga Filipina itu tidak bernasib baik apabila secara kebetulan seorang anggota polis yang tidak bertugas melalui lokasi kejadian. Anggota polis berpangkat lans koperal tersebut terus menghubungi bilik gerakan bagi mendapatkan bantuan menangkap kedua-dua penjenayah itu.

Hasil pemeriksaan lanjut, polis telah merampas beg sandang daripada suspek yang berisi masing-masing sebilah parang dan kapak, topeng muka, sarung tangan dan motosikal jenis Honda. 

Kedua-dua suspek kini ditahan di balai polis untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana cuba melakukan rompakan berkumpulan. 

Sumber: Kosmo

Dua Perompak Cuba Samun Guna Parang Ditahan
ArtikelDiterbitkan 19 Aug 2014 4.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM