Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Penjenayah Geng Topeng Diberkas Tiga Lagi Diburu

Published: 18 Jun 2014 6.15 AM Updated: 15 Aug 2026 7.34 PM
Biarpun cuba dilanggar dengan kereta dinaiki lima penjenayah, dua anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal(URB) nekad mengejar suspek sebelum berjaya menahan dua daripada mereka yang dipercayai sa..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-penjenayah-geng-topeng-diberkas-tiga-lagi-diburu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:20 MYT

Biarpun cuba dilanggar dengan kereta dinaiki lima penjenayah, dua anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal(URB) nekad mengejar suspek sebelum berjaya menahan dua daripada mereka yang dipercayai saki baki ahli 'Geng To-peng' di Jalan SS14/5D, baru-baru ini.

Pemeriksaan lanjut terhadap kereta suspek polis menjumpai lima parang panjang, empat jaket berlainan warna, tiga topeng, tiga sarung tangan, tiga telefon bimbit pelbagai jenama dan satu topi koboi.

Turut ditemui, satu pemutar skru, surat pajak gadai, sekeping kad pengenalan dan pemeriksaan juga mendapati kereta dinaiki suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu dan pernah dilaporkan hilang di Taman Sentosa, Klang pada 14 November Ialu.

Suspek yang ditahan dibawa ke Balai Polis Subang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan dan bersenjata. Manakala, tiga lagi suspek yang melarikan sedang giat diburu dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Dua Penjenayah Geng Topeng Diberkas Tiga Lagi Diburu
Sumber : Keratan Akhbar Harian Metro

ArticlePublished 18 Jun 2014 6.15 AMUpdated 15 Aug 2026 7.34 PM