Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Penjenayah Ditahan Selepas Dikejar 30 Minit

Published: 05 May 2015 5.05 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Alor Setar, 5 Mei - Anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) polis menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dengan jenayah mencuri selepas mengejar mereka selama 30 minit.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-penjenayah-ditahan-selepas-dikejar-30-minit
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:17 MYT


Alor Setar, 5 Mei - Anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) polis menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dengan jenayah mencuri selepas mengejar mereka selama 30 minit.

Pemangku Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Polis Kedah, ACP Shamsuddin Mat berkata tiga anggota URB terserempak dengan kedua-duanya yang sedang menunggang motosikal pada pukul 7 malam.

Beliau berkata anggota URB cuba menahan mereka, tetapi ditendang beberapa kali oleh suspek dari atas motosikal mereka.

"Setelah 30 minit dikejar, akhirnya motosikal suspek terbabas. Suspek cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap selepas berlaku pergelutan antara mereka dengan anggota polis," katanya.

Kedua-dua suspek berusia 27 dan 30 tahun dan berasal daripada Pumpong di sini.

Shamsuddin berkata ditemui sebuah beg pada motosikal suspek yang mengandungi cermin mata berjenama, golok, tukul besi dan pemotong zink.

Beliau berkata cermin mata itu dipercayai dicuri daripada sebuah van di Jalan Stadium di sini.

Kedua-duanya disabit dengan kesalahan memiliki golok di tempat awam.

- BERNAMA

ArticlePublished 05 May 2015 5.05 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM