Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Pengodam Diberkas

Diterbitkan: 17 Jun 2014 3.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tindakan dua lelaki menyalahgunakan kepakaran mereka dalam bidang komputer untuk menggodam dua laman web rasmi kerajaan mengundang padah apabila kedua-duanya ditahan di sebuah bilik hotel di Jalan Raj..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-pengodam-diberkas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:21 MYT

Tindakan dua lelaki menyalahgunakan kepakaran mereka dalam bidang komputer untuk menggodam dua laman web rasmi kerajaan mengundang padah apabila kedua-duanya ditahan di sebuah bilik hotel di Jalan Raja Laut di sini Selasa lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, kedua-dua suspek berusia 28 dan 33 tahun itu disyaki menggodam laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Penerangan Malaysia (JPM).

Katanya, dalam kes yang melibatkan JPN, kedua-dua suspek telah menyamar sebagai anggota jabatan tersebut dan menghantar beberapa notis palsu kepada cawangan JPN di seluruh negara menggunakan e-mel rasmi. Suspek kini direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 51 Akta Jenayah Komputer 1997.

Sumber: Kosmo

Dua Pengodam Diberkas

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 3.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM