Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Pengawal Minum Kopi Durian Positif Syabu

Diterbitkan: 07 Feb 2018 3.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 7 Feb 2018 - Ujian air kencing dua pengawal keselamatan warga Nepal yang diserang gejala seperti sawan dan letih teruk selepas meminum kopi berperisa durian hujung bulan lalu didapati positif dadah jenis methamphetamine atau syabu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-pengawal-minum-kopi-durian-positif-syabu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:40 MYT

Kuala Lumpur, 7 Feb 2018 - Ujian air kencing dua pengawal keselamatan warga Nepal yang diserang gejala seperti sawan dan letih teruk selepas meminum kopi berperisa durian hujung bulan lalu didapati positif dadah jenis methamphetamine atau syabu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Kang Chez Chiang berkata, laporan awal air kencing kedua-dua mangsa itu diterima petang kelmarin.

"Bagaimanapun kita sedang menunggu laporan darah dua warga asing berusia 32 dan 46 tahun berkenaan daripada Jabatan Kimia untuk mendapatkan keputusan sebenar," katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan berkata, polis kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi pembuangan sampah iaitu lokasi bungkusan kopi itu ditemukan oleh warga Bangladesh.

Jelasnya, siasatan kini menjurus kepada individu yang meninggalkan bungkusan kopi itu sebelum dibuang ke dalam tong sampah yang belum dikenal pasti.

"Polis masih mencari maklumat baharu mengenai bungkusan kopi tersebut dan meminta kerjasama daripada orang awam supaya menyalurkan maklumat tentang siapa yang membuang bungkusan kopi dan membawanya di mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Dua Pengawal Minum Kopi Durian Positif Syabu

ArtikelDiterbitkan 07 Feb 2018 3.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM