Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Pengawal Keselamatan Ditahan Bantu Siasatan Kes Pecah Masuk Jat

Published: 01 Feb 2016 11.53 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tawau, 1 Feb - Polis menahan dua pengawal keselamatan Jabatan Air Tawau (JAT) bagi membantu siasatan berhubung kes pecah masuk dan kehilangan wang tunai RM13,000 dari peti besi jabatan itu, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-pengawal-keselamatan-ditahan-bantu-siasatan-kes-pecah-masuk-jat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:19 MYT


Tawau, 1 Feb - Polis menahan dua pengawal keselamatan Jabatan Air Tawau (JAT) bagi membantu siasatan berhubung kes pecah masuk dan kehilangan wang tunai RM13,000 dari peti besi jabatan itu, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata suspek berusia 34 dan 49 tahun itu ditahan di kediaman masing-masing di sekitar daerah ini untuk siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

"Kejadian itu dipercayai berlaku antara jam 11.09 malam Ahad dan 7.05 pagi ini dan hanya disedari oleh pekerja yang masuk bekerja hari ini," katanya dalam kenyataan di sini.

Fadil berkata, siasatan awal daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat itu mendapati tiada rakaman dibuat pada Sabtu dari 7 hingga 8 pagi berikutan bateri tidak berfungsi.

"Bagaimanapun, siasatan polis mendapati pagar besi tingkap pejabat itu telah diumpil dan tingkap dibuka dengan tiga bilik pejabat diceroboh masuk serta pintu bilik kaunter pembayaran telah dipecahkan," katanya.

Katanya, sebanyak tujuh cap jari diperolehi di tempat kejadian termasuk pada cermin tingkap, pintu dan laci.

- BERNAMA

ArticlePublished 01 Feb 2016 11.53 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM