
Article
Dua Pengarah Pdrm Dianugerahkan Darjah Kebesaran Bintang Dan Pingat Kehormatan Negeri Sabah
Kota Kinabalu, 2 Oktober 2021 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Razarudin Husain dan Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass hari ini dia...
Kota Kinabalu, 2 Oktober 2021 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Razarudin Husain dan Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass hari ini dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K.) yang membawa gelaran 'Datuk' daripada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin.
Istiadat pengurniaan tersebut berlangsung di Istana Seri Kinabalu, bersempena Hari Ulang Tahun Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-68 hari ini.
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato’ Razarudin dan Dato’ Zaini atas penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Sempena Hari Ulang Tahun Ke-68 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah bagi tahun 2021.