Polis menahan dua penarik kereta yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun berkumpulan terhadap seorang lelaki di kawasan tempat letak kereta sebuah apartmen di Presint 5, Putrajaya minggu lalu.
Kedua-dua suspek yang berusia 27 dan 31 tahun itu ditahan Isnin lalu sementara tiga lagi rakan mereka yang dipercayai bersembunyi di Kajang dan Sepang sedang diburu.
Sumber : Utusan Malaysia