Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Pelajar Warga Asing Ditahan Terbabit Kes Pecah Rumah

Diterbitkan: 16 Jun 2014 2.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menahan dua pelajar lelaki warga asing yang menuntut di sebuah kolej swasta di Sunway Petaling Jaya kerana dipercayai terbabit dalam kejadian pecah rumah di Taman Panorama Perdana..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-pelajar-warga-asing-ditahan-terbabit-kes-pecah-rumah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:44 MYT

IPOH, 17 September 2010 (Bernama) -- Polis menahan dua pelajar lelaki warga asing yang menuntut di sebuah kolej swasta di Sunway Petaling Jaya kerana dipercayai terbabit dalam kejadian pecah rumah di Taman Panorama Perdana di sini Rabu lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Ibrahim Abu Bakar berkata, mereka diberkas pada pukul 10.30 pagi berhampiran rumah tersebut selepas menerima maklumat daripada penduduk di taman perumahan itu.

"Hasil siasatan polis mendapati kedua-dua suspek berusia 30 dan 34 tahun merupakan pelajar di sebuah kolej di Sunway, Petaling Jaya," katanya pada sidang akhbar di sini pada Jumaat.

Ibrahim berkata polis turut menemui barang kemas, telefon bimbit, jam tangan dan juga wang tunai yang kesemuanya bernilai RM2,328 dipercayai dicuri di rumah itu selain senjata seperti batang besi dan pemutar skru.

Polis belum mengenal pasti suspek dari negara mana dan sedang menyiasat melalui pasport yang dirampas dari mereka.

Beliau berkata polis turut menemui sebuah kereta jenis Proton Pesona yang di sewa untuk melakukan kegiatan itu, katanya.

Siasatan mendapati mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dan melakukan jenayah pecah rumah di taman perumahan tersebut.

Semasa kejadian tiada mangsa di rumah tersebut dan penduduk berhampiran mendapati kedua-dua suspek dalam keadaan mencurigakan dan bertindak menghubungi pihak polis.

Bertindak atas maklumat itu, polis berjaya memberkas salah seorang suspek yang menyorok di dalam longkang berhampiran rumah tersebut manakala rakan suspek ditahan 15 minit kemudian, katanya.

Katanya kedua-dua suspek direman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut.

ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 2.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM