Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Pelajar Tingkatan Lima Ditahan Curi Motosikal Di Raub

Diterbitkan: 10 Jul 2014 9.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Shamsudin Wan Osman berkata, bertindak atas risikan dan maklumat orang awam polis menahan seorang daripada pelajar berkenaan di sebuah rumah tidak bernombor di ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-pelajar-tingkatan-lima-ditahan-curi-motosikal-di-raub
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:19 MYT
Kuantan, 20 Jun - Dua pelajar tingkatan lima yang dipercayai mencuri sebuah motosikal jenis Honda C100 yang dilaporkan hilang di tempat letak kenderaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Gali, Raub ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Shamsudin Wan Osman berkata, bertindak
atas risikan dan maklumat orang awam polis menahan seorang daripada pelajar
berkenaan di sebuah rumah tidak bernombor di Dong, sebelum bertindak menahan
rakan subahatnya.

"Hasil siasatan mendapati, pelajar itu mengaku mencuri motosikal tersebut
bersama seorang rakannya serta telah meleraikan komponen motosikal itu untuk
dijual ke sebuah bengkel milik rakan mereka," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata suspek kedua ditahan di rumah keluarganya di Dong dan polis
menemui komponen motosikal yang telah dileraikan di dalam semak dekat Kampung
Pintu Padang.

Kedua-dua pelajar berkenaan kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub
untuk sisatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Dua Pelajar Tingkatan Lima Ditahan Curi Motosikal Di Raub

Sumber: BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 10 Jul 2014 9.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM