Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dua Pasangan Kekasih Ditahan Terlibat Dalam Sindiket Dadah D

Published: 17 Jun 2014 8.37 AM Updated: 15 Aug 2026 7.42 PM
Kuala Lumpur, 7 Ogos - Polis menahan dua pasang kekasih yang dipercayai bergiat aktif sejak setahun lalu dalam sindiket pengedaran dadah dan curi kereta di sekitar Lembah Klang dalam dua serbuan beras..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-pasangan-kekasih-ditahan-terlibat-dalam-sindiket-dadah-d
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:18 MYT

Kuala Lumpur, 7 Ogos - Polis menahan dua pasang kekasih yang dipercayai bergiat aktif sejak setahun lalu dalam sindiket pengedaran dadah dan curi kereta di sekitar Lembah Klang dalam dua serbuan berasingan semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supt Aida Abdul Hamid berkata kira-kira pukul 1 tengah hari pihaknya menahan dua wanita berusia 31 dan 36 tahun dalam satu serbuan terhadap sebuah kereta Proton Waja yang diletakkan di hadapan kondominium di Jalan Kuchai Lama.

"Susulan tangkapan itu, telah membawa pihak polis ke sebuah kondominium di Jalan Kuchai Maju 2 dan menahan dua lelaki berusia 32 dan 33 tahun," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini, hari ini.

Beliau berkata, kira-kira 51 gram dadah jenis Eramin 5 dan 24 gram dadah jenis syabu bernilai RM50,000 turut dirampas dalam rumah berkenaan selain sebuah alat 'immobilizer' yang dipercayai digunakan untuk mematikan penggera kereta yang dicuri.

"Kita juga merampas tujuh alatan untuk menghisap dadah, sebilah pisau berukuran 30cm, sebilah pisau pemotong daging, lima jam tangan berjenama, lapan buah telefon bimbit, wang tunai bernilai RM3,450 dan beberapa keping wang tunai Hong Kong," katanya.

Katanya kesemua suspek positif dadah dan seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah serta ditahan reman bermula semalam.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan kerana curi kenderaan dan Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 8.37 AMUpdated 15 Aug 2026 7.42 PM