Dua Beradik Aktif Sindiket Curi Kenderaan Tumpas
Dua
beradik dipercayai terlibat dengan sindiket curi kenderaan diberkas
dalam serbuan di sebuah gudang di Masai, Johor Bahru, Jumaat lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk
Ku Chin Wah berkata, polis turut menjumpai 10 kenderaan Toyota Hilux
yang dilaporkan hilang di Selangor dan Johor berada di dalam gudang
tersebut.
"Kami
masih menjalankan siasatan terhadap dua adik beradik berusia 26 dan 30
tahun itu, sama ada mereka terlibat dengan sindiket curi kenderaan atau
bekerja sebagai penjaga gudang tersebut." katanya pada siding media di
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.

SUMBER : SINAR HARIAN