Article
Dua Orang Minyak Ceroboh Stor Terkepung
Segamat,15 Disember - Polis berjaya memberkas dua 'orang minyak' selepas hampir 30 minit mengepung sebuah stor barangan lusuh di Kilometer 3. Jalan Scgamat Kua...
Segamat,15 Disember - Polis berjaya memberkas dua 'orang minyak' selepas hampir 30 minit mengepung sebuah stor barangan lusuh di Kilometer 3. Jalan Scgamat Kuantan di sini. awal pagi kelmarin.
Sepasukan enam anggota dari Balai Polis Buloh Kasap bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat maklumat daripada pemilik stor berkenaan premisnya diceroboh dua penjenayah kira-kira jam 3.30 pagi.
Sebaik tiba, anggota terbabit melihat dua suspek masing-masing tidak memakai baju dan berlumuran minyak sedang memunggah barangan lusuh termasuk termbaga yang diisi ke dalam empat guni plastik.
Terlebih dulu, suspek telah memecah masuk ke dalam kontena yang dijadikan pejabat dengan memecahkan cermin dan melarikan wang RM900 dan kemudiannya penjenayah terbabit dikatakan masuk ke bahagian stor dan mula mengambil beberapa barangan bernilai termasuk kepingan tembaga.
Walaubagaimanapun, kecekapan pihak polis berjaya memberkas kedua-dua suspek yang dipercayai memecahkan pagar di bahagian belakang premis untuk memasuki kawasan tersebut.

Sumber: Harian Metro