Jeli - Seorang lelaki dan wanita ditemui maut selepas kereta yang dinaiki mereka terjunam sedalam 10 meter dari sebuah jambatan di Kilometer 102 Lebuh Uaya Timur-Barat berhampiran Kampung Sungai Mekong di sini semalam.
Kedua-dua mangsa yang merupakan sahabat itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Jeli Deputi Superintendan Mohd Yusoff Jaafar berkata, anggota polis dikejarkan ke lokasi sebaik menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu pada pukul 8.30 pagi.
"Setakat ini kita sedang menyiasat punca sebenar kejadian sama ada pemandunya mengantuk sebelum terbabas atau faktor lain.
"Kita percaya kejadian ini terjadi beberapa jam sebelum mereka ditemui oleh penduduk kampung. Kedua-dua mangsa yang mempunyai hubungan sahabat difahamkan ke Kota Bharu untuk melawat seorang rakan lain," katanya.
Sumber: Kosmo
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Dua Maut Kereta Terjunam Jambatan
Seorang lelaki dan wanita ditemui maut selepas kereta yang dinaiki mereka terjunam sedalam 10 meter dari sebuah jambatan di Kilometer 102 Lebuh Uaya Timur-Barat berhampiran Kampung Sungai Mekong di sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-maut-kereta-terjunam-jambatan
Scan to view the latest live version.